Thursday, October 28, 2010

GoOd DaYs

18.10.2010 kami telah mengikuti aktiviti perkhemahan Kepimpinan Kelab & Persatuan Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor 2010.Perkhemahan ini telah disertai oleh sekolah-sekolah di Daerah Negeri Selangor seperti Daerah Sepang,Daerah Gombak dan Daerah Kuala Langat.Para Pelajar yang mewakili daerah mereka terdiri daripada lelaki dan wanita,setiap sekolah hanya menghantar enam orang pelajar.Pelbagai aktivi telah dilakukan sepanjang perkhemahan ini diadakan seperti explorer race dan lawatan ke pusat ternakkan ketam.Banyak pengalaman dan ilmu yang telah kami perolehi sepanjang perkhemahan ini diadakan. Bukan itu sahaja, kami juga dapat berjumpa dan beramah mesra dengan kawan-kawan yg baru.

20.10.2010 ini adalah hari terakhir kami berkhemah.Pada waktu malam, sebelum kami masuk ke khemah.Beberapa orang pelajar sempat menunjukkan beberapa gaya tarian seperti break dance.kami amat terpukau melihat tarian itu tetapi belum sempat pelajar itu menamatkan tariannya ,cikgu telah mengarahkan kami semua tidur dan melarang kami merayap-rayap diluar khemah selepas jam tepat menunjukkan pukul 12.00 tengah malam,tampa membuang masa kami pun masuk tidur .Ada sesetengah pelajar tidak dapat tidur dan bergossip sepanjang malam.Ke esokkan paginya pula, kami telah bangun seawal jam 5.00 pagi untuk mandi dan bersiap-siap untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah.

21.10.2010 jam menunjukkan pukul 8.00 pagi kami semua berkumpul didewan terbuka untuk majlis penutup.Selepas tamat majlis penutup kami pun bersiap-siap dan mengemas barang untuk pulang kerumah masing2.Pada masa itulah kami mula rasa sedih untuk meninggalkan kawan2 yang baru kami kenal terutama sekali ********* walaupun kami tidak sempat berkenalan .Apa-apa pon malaysia boleh .tamatlah sudah cerita ini.

2 comments: